Swipe Dilema
Pilih kiri atau kanan. Keputusan susah tak datang dengan jawapan sempurna.
Ingat jadi pensyarah tu mengajar je? Hahah. Cuba survive. Hadap WhatsApp pukul 3 pagi, kerja fakulti last minute, pelajar merayu markah dan drama viral. Setiap pilihan ada harga.
01 / GAMEPLAY
Dalam game ni kau bukan hero. Kau pensyarah biasa yang kena pilih antara jaga pelajar, puaskan fakulti atau selamatkan diri sendiri.
Pilih kiri atau kanan. Keputusan susah tak datang dengan jawapan sempurna.
Pelajar tanya benda dalam course outline. Nak reply atau protect boundaries?
Satu screenshot di luar konteks, satu fakulti boleh terbakar.
Semak dokumen, kes MC dan assignment. Jangan buat keputusan sembarangan.
CUBA PILIH โข PREVIEW SAHAJA
โMinggu pertama ni perlu ke kuliah penuh dua jam? Kami belum dapat timetable final pun.โ
02 / HIDUP DENGAN KEPUTUSAN SENDIRI
Kalau asyik ikut arahan, KPI mungkin naikโฆ tapi Waras merudum. Kalau asyik nak jadi pensyarah sporting, prestasi boleh jatuh. Dan kalau buat kerja secara cincai, drama akan datang balik minggu depan.
03 / ROAD TO BURNOUT
Setiap semester ada masalah baharu. Yang lama tu? Belum tentu dah selesai.
Pelajar baru, group chat, PTPTN, MC, dan roommate yang jadi alasan.
Parking, jadual clash, line Wi-Fi, free rider dan rayuan extension.
AI detector, uni confession, screenshot separuh cerita dan tekanan publish.
Internship, final year, audit, integriti markah dan drama pejabat.
04 / IN-GAME PREVIEW
Kalau kau pernah masuk universiti Malaysia, mesti ada sekurang-kurangnya satu yang kena batang hidung sendiri.
โDr, maaf gangguโฆโ pukul 3 pagi.
Dalam sejam, seluruh kampus boleh tahu.
Dokumen suspicious menunggu cop.
05 / THE FUTURE OF PENSYARAH.SIM
Kami nak game ni berkembang daripada simulator keputusan kepada dunia kampus yang boleh diteroka. Ini hala tuju yang kami sedang bayangkan โ bukan janji tarikh release.
Asas game dah hidup: 4 semester, 56 situasi, drama WhatsApp, Threads, semakan dokumen dan risiko Waras 0%.
Lebih banyak cerita relatable, watak berulang, kesan pilihan yang berpanjangan dan penambahbaikan pengalaman mobile.
Kawal pensyarah gaya cozy retro pixel-art, berjalan dari bilik kuliah ke pejabat dekan, jumpa NPC dan hadapi dilema dalam dunia kampus interaktif.
Bayangkan kau sendiri berjalan ke pejabat dalam dunia kampus cozy retro. Dekan panggil meeting mengejut. Pelajar tunggu kat luar nak rayu markah. Telefon pula asyik berbunyi. Kau pilih siapa nak layan โ dan semua pilihan beri kesan pada Waras, Pelajar dan KPI.
*Paparan di sebelah ialah ilustrasi konsep cozy retro pixel-art, bukan screenshot game 2D yang sudah dibina.
โInilah visual sebenar Alpha 0.2 yang sedang dibina โ cozy campus, quest, NPC dan burnout system.โ โผ
Donation adalah sukarela, bukan pre-order atau jaminan feature tertentu. Roadmap ini cadangan arah pembangunan dan boleh berubah ikut kemampuan projek. Game sedia ada kekal percuma.
Game ni percuma untuk semua. Donation sukarela menyokong usaha menghasilkan lebih banyak cerita dan meneroka idea 2D RPG. Tengok roadmap kami โ
05 / SOALAN POPULAR
Ya, percuma sepenuhnya. Donation hanya kalau kau sendiri nak support creator. Tak perlu bayar untuk mula atau habiskan permainan.
Boleh. Website dan game direka supaya selesa dimainkan dalam browser telefon. Untuk pengalaman paling best, guna mod portrait.
Game ada fungsi auto-save dalam browser yang sama. Progress disimpan secara lokal, jadi elakkan clear browser storage atau guna private browsing kalau nak sambung kemudian.
Realiti memang susah tetapi masih boleh dihabiskan kalau kau bijak urus beban kerja. Neraka pula lebih kejam; tekanan terkumpul dan Waras boleh jatuh ke 0% jauh lebih cepat.
Belum. 2D RPG gaya cozy retro pixel-art masih pada peringkat konsep dalam roadmap. Versi yang boleh dimainkan sekarang ialah Burnout Edition dengan 4 semester dan 56 situasi.
Ia adalah sokongan sukarela kepada usaha pembangunan game: penulisan situasi, reka bentuk, coding dan testing. Donation bukan pembelian akses awal, bukan tempahan game 2D, dan tidak menjamin tarikh release.
Ini game satira fiksyen yang terinspirasi daripada situasi biasa di alam universiti. Watak dan insiden bukan tuduhan terhadap orang atau institusi sebenar.